
nooratiqahszly
5 tahun
Sindrom Hyperventilation
Saya seorang wanita berusia 20 tahun . Semalam saya ke hospital kerana rasa seperti sesak nafas , kebas menyucuk dan jantung berdegup laju . Doktor memberitahu ia nya adalah sindrom hyperventilation . Adakah ia bahaya untuk kesihatan dan boleh sembuh seperti sedia kala nanti ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, sindrom ini disebabkan oleh anda bernafas secara laju atas sebab-sebab tertentu seperti stres.
Anda perlu jalani hidup bebas stres atau tangani stres dengan baik serta berlatih bernafas secara normal. Anda boleh berbincang lanjut dengan doktor anda tentang 'breathing retraining program. Masalah ini tidak semestinya hilang dengan sendirinya tanpa sebarang usaha menanganinya.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.