
Sulit
3 tahun
Sinptom tumor@ketumbuhan
Slmt malam doctor. Soalan sy adakah seseorg trdapat tumor di kepala leher perut atau mne2 bahagian bdan akan menunjukkn simpton @tanda nya trima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa anda ingin mengetahui simptom jika sesuatu ketumbuhan berlaku. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, ketumbuhan abnormal pada badan sememangnya boleh membawa gejala tertenti. Ia bergantung kepada lokasi ketumbuhan tersebut. Namun begitu, terdapat beberapa simptom umum yang sering dialami oleh pesakit. Antaranya adalah:
- Penat atau lelah melampau
- Hilang berat badan mendadak dalam masa yang singkat
- Sakit badan atau sendi yang tak dapat dijelaskan
- Mual atau muntah
- Bengkak atau benjol yang semakin membesar
- Sakit kepala
- Masalah pendengaran atau penglihatan
Berikut merupakan perkara umum yang dilaporkan oleh pesakit. Namun, tidak semua orang akan melalui perkara yang sama. Jika anda masih bimbang, sila hubungi doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.