lunalevine72
4 tahun
Sinustis / kerap bersin
Saya sering bersin, mata menjadi gatal dll… Perlukah saya pergi ke klinik ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, gejala-gejala yang anda alami boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- Allergic rhinitis (resdung)
- Non-allergic rhinitis sepertic drug-induced ataupun exercise induced
- Vasomotor rhinitis - satu pentuk peradangan hidung
- Occupational rhinitis - terkait pekerjaan yang terdedah kepada habuk
- Infection rhinitis - jangkitan lapisan dalam hidung
- Sinusitis (jangkitan rongga tengkorak)
Sebaiknya anda mendapatkan konsultasi doktor untuk dilakukan pemeriksaan lanjutan kerana dikhuatiri terdapat masalah kesihatan lain. Selain itu, sekiranya mahu mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Photo by Alex Iby