
Sulit
4 tahun
Sista ovari, period tak teratur
Saya nk tanya, saya mengalami cyst, dan sebln lebih tidak period dan last saya check upt dgn doc on 30 nov - ve, tapi pg ni saya check upt saya positif. Ujian darah utk cyst saya ok as not as cancer. Mohon pencerahan adakah cyst boleh menyebab kan upt positif?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, urine pregnancy test (UPT) adalah alat pemeriksaan yang dapat mendeteksi hormon beta hCG yaitu sejenis hormon yang dihasilkan oleh plasenta. Memandangkan hormon diciptakan oleh plasenta, yang terjadi setelah persenyawaan, hasil ujian positif menandakan bahawa anda mengandung. Bagaimanapun, sekiranya kandungan masih di awal usia kehamilan, biasanya hasil alat uji agak kabur. Lihat link ini untuk panduan menggunakan alat uji kehamilan. Justeru, memandangkan anda telah melakukan pemeriksaan darah, seharusnya ia lebih tepat dalam mendeteksi kehamilan. Sekiranya kurang yakin dengan hasil kit kehamilan, anda boleh langsung melakukan pemeriksaan scan di klinik untuk melihat perkembangan kandungan anda.
Namun, terdapat kes di mana cyst corpus luteum boleh membuatkan upt menjadi positif.
Seandainya terdapat keraguan tambahan, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.