
Sulit
4 tahun
Size testis besar sebelah
Saya lelaki dalam 20 an, adakah normal saya mempunyai size testis besar sebelah yang agak berbeza,contoh sebelah kanan size lebih kurang ibu jari manakala sebelah kiri sebesar jari kelingking, saya membuat pemeriksaan sendiri tiada apa-apa perubahan dan rasa sakit buah zakar saya, sejak dilahirkan memang buah zakar tak seimbang

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, oleh kerana masalah ini merupakan gejala yang dihadapi sejak kecil dan anda tidak mengalami sebarang gejala yang membimbangkan atau tiada kesakitan yang dirasai, kebarangkalian perkara ini adalah normal mengikut individu. Namun, secara amnya pembengkakan testis boleh juga disebabkan oleh:
- Testicular torsion
- Inguinal hernia
- Epididymitis
- Orchitis
- Penyakit bawaan seksual ( Sexually transmitted disease )
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.