
Sulit
3 tahun
Skait dada secara tiba2
Sakit dada secara tiba2…bila dgr bunyi benda kuat atau terkejut…secara tiba2 akan sakit dada ape yg perlu sy buat…perlu ke sy jumpa dktr untuk rawatan…terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui keterangan yang disampaikan diatas, anda mengalami masalah sakit dada secara tiba-tiba apabila mendengar bunyi kuat atau terkejut. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala yang sedang anda hadapi boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Terlalu penat dan kurang berehat
- Kekejangan otot dada
- Posisi dada ketika berehat dan baring
- Teknik pernafasan yang salah
Namun begitu, masalah yang anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Pedih ulu hati
- Gastritis
- Peptic ulcer disease
- GERD
- Masalah pada jantung
Memandangkan masalah sakit dada ini berlaku secara tiba-tiba, kami menasihatkan anda untuk terus pergi ke mana-mana klinik ataupun hospital berdekatan bagi tujuan pemeriksaan. Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut mengenai cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang anda hadapi.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.