
Sulit
4 tahun
Skin problem dimana di kwasan mulut saya terdapat dark circle atau dikawan mulut saya hitam atau gelap. masalah ini saya hadapi sejak kecil lagi
saya berumur 20 tahun. saya mengalami dark circle atau dikawasan mulut saya berwarna hitam. kenapa dan bagaimana untuk atasi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Bibir kering
Terdedah dengan matahari
Kehamilan
Hiperpigmentasi
Kesan sampingan ubat-ubatan
Antara usaha yang boleh anda cuba adalah dengan melakukan scrub bibir.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Bagi mengetahui rawatan yang sesuai, puncanya haruslah diketahui. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.