
Sulit
4 tahun
Skin problems (vitiligo)
I am a woman at age 24y/o. Sorry i’m not good in english when i wanna talk about my skin problem. So may i explain it in BM. Saya dapat penyakit viti ni masa umur 8 tahun dan ianya dah tak merebak bila umur sy makin meningkat. Sometimes ada ja viti baru yang akan naik but just for a 2-3 years and then dy akan hilang dgn sendiri. Lepas hilang dy akan reprat naik balik di tempat yg lain and sama akan hilang lagi. Tapi tidak utk viti saya masa umur 8 tahun. Dia tak hilang and kekal dgn saiz yang sama. What should i do for make sure my old viti also dissappear. Saya cuba makan multivitamin subrex zinc yang rmai suggest dlm gp viti. And it’s work but in small dots dalam kawasan viti tu. Can u suggest me another treatment or medicine that i should try untuk hilangkan vitiligo ini. Thank you in advance. I’m waiting for ur answer

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Kami memahami kegusaran anda mengenai gejala kulit yang anda alami. Kami tidak dapat membantu kerana anda perlu berjumpa dengan doktor pakar kulit untuk mendapatkan rawatan yang sesuai memandangkan rawatan vitiligo menggunakan ubat yang diberi oleh doktor.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Cadangan am kami adalah anda boleh memakai sunscreen untuk mengelakkan sunburn. Kulit anda mempunyai pigmen yang dikenali sebagai melanin dan fungsi melanin adalah untuk melindungi kulit anda dari radiasi ultraungu (UV) matahari. Di kawasan vitiligo yang cerah, kandungan melanin adalah kurang dan kawasan tersebut mempunyai risiko untuk mengalami kerosakan jangka panjang disebabkan oleh sinaran UV.
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi doktor kami di (DoctorOnCall) untuk konsultasi secara peribadi di atas talian. Terima kasih.