
Sulit
5 tahun
Skin tag di anal tumbuh kembali walaupun dah buat skin tag removal di hospital
Saya lelaki berumur 25 tahun. Sebelum ni saya ada menghidap berak berdarah dan ada skin tag di sekitar anal. Bulan lepas saya dah buat remove skin tag di hospital. Sekarang skin tag tumbuh semula di kawasan yang sama.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya pihak kami kurang pasti dengan soalan yang ingin anda ajukan.
Untuk makluman pihak anda, masalah ‘skin tag’ ini tidak diketahui sebabnya. Mereka tidak berbahaya dan hanyalah masalah kosmetik. Salah satu rawatan untuk masalah ‘skin tag’ ini adalah pemebdahan. Walaupun jarang berlaku, ‘skin tag’ dapat tumbuh kembali, dan ‘skin tag’ baru boleh terbentuk.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor untuk mengetahui lebih lanjut.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.