
Sulit
5 tahun
Skin tag pada lubang punggung anak
Anak saya 2 tahun… dan mempunyai masalah utk membuang air besar… bermacam jenis susu dah tukar, dah kurgkan pengambilan susu formula, dan tingkatkan pengambilan sayur dan buahan dalam dietnya… tapi masih susah nak membuang, dan menyebabkan skin tag anak saya makin besar, soalannya adakah cara utk hilangkan skin tag tersebut samada menyapu krim atau lain lain

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ‘skin tag’ akan hilang sekiranya sembelit tidak lagi berlaku. Setelah anak anda membuang air besar, anda boleh dudukkan anak anda dalam sitz bath. Sitz bath digunakan untuk membersihkan bahagian dubur serta kelamin. Anda cuma perlukan besen yang bersesuaian saiznya bagi mengisi air suam yang cetek. Lakukan ini 2-3 kali sehari. Saya menyarankan anda berjumpa dengan pakar kanak-kanak untuk pemeriksaan penuh dan rawatan selanjutnya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.