
Sulit
4 tahun
Skip makan 3hari pil perancang
Saya sedang mengambil pil perancang (yasmin) dan ini adalh papan yang ke 6 bersamaan 6bln dr tarikh permulaan saya menggunakan sbgai lgkah pencegahan hamil. Saya nak tny sekiranya ada kesan kerana ada 3hr dlm tempoh pengambilan saya tidak ambil pil sebb pil sy letak didalam wallet n wallet sy trcicir dlm 3hr trsebut… pda hari ke 4 slepas skip 3hri tu sy mula mkn dan sy dapati period saya kembali datang… sedangkan sy dh period seminggu yg lepas . Mungkin doc blh bg pencerahan. Tkasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, sekiranya anda terlupa mengambil pil, langkah-langkah berikut harus dipatuhi:
- Jika lewat 12 jam memakan pil, pil masih berkesan untuk mencegah hamil. Makan pil tersebut sebaik sahaja ingat dan pil seterusnya harus dimakan pada waktu yang biasa.
- Jika lewat melebihi 12 jam, keberkesanan pil mungkin dikurangkan. Sekiranya banyak tablet yang lupa diambil berturut-turut, risiko menjadi hamil menjadi semakin tinggi.
- Jika lebih dari satu pil lupa dimakan, dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor.
- Sekiranya anda mengalami sakit muntah-muntah atau cirit-birit yang teruk dalam masa 3-4 jam selepas makan pil perancang ini, anda haruslah menggunakan kaedah tambahan ataupun ikuti nasihat di atas.
Untuk pengetahuan anda, walaupun pil ini jarang memberikan kesan sampingan. Namun, sesetengah pengguna akan mengalaminya. Antara kesan sampingan pil perancang adalah:
- Rasa loya dan tidak sedap badan
- Sakit kepala
- Sakit payu dara
- pendarahan atau spotting dalam masa beberapa bulan pertama setelah mula mengambilnya
- Haid tidak sekata
- Perubahan mood
Jika masalah ini berlarutan, siasatan atau pemeriksaan susulan perlu dilakukan untuk mengenal pasti puncanya.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih