
Sulit
4 tahun
Skit dibahagian pinggang sebelah depan, berdenyut, denyut bwah pada pusat sikit
Sy lelaki 23 tahun. Ad 2 soalan. 1 ketika buang air besar, keluar skali cecair warna putidii kemaluan. Air mani atau ape?
2. Sy alami sakit mgkin bahagian buah ping, sakit berdenyut2, kadang kiri, ad kanan, ad 2-2 belah skli.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa punca yang menyebabkan kesakitan di bahagian buah pinggang:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang
- masalah saraf seperti sciatica ataupun saraf cengkeraman.
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
- Batu karang pada saluran buah pinggang
- Ovari melepaskan ovum boleh menyebabkan kesakitan pada wanita
- Masalah pada struktur ovari pada wanita
- Masalah pada usus
Untuk mendapatkan pengesahan terhadap punca kesakitan tersebut, maklumat dan pemeriksaan yang selanjutnya adalah diperlukan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.