
zainalzaim000
5 tahun
Skit perut dibahagian kiri
Sy seorng peljr berumur 16thun,seminggu yg lps sy mengalami skit perut dan muntah ii kemudian skit perut sy berlnjutan hingga ke hrini…bila sy nk tidur rasa sgt tk selasa sbb skit sgt ii.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit perut disebelah kiri dan muntah yang anda alami boleh disebabkan:
- Keracunan makanan
- Jangkitan kuman dalam usus
- Radang apendiks - boleh juga menyebabkan kesakitan disebelah kiri dalam sesetengah kes
- Jangkitan saluran air kencing dan buah pinggang
- Jika perempuan - masalah ovari seperti kista (cyst) dalam ovari, ovari terbelit
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.