
Sulit
4 tahun
Skizoeffective dan permasalahan ubat
Saya wanita berusia 22 tahun. Sudah mengalami penyakit skizo sejak 4 tahun lepas. Ubat yang saya makan adalah epilim chrono dan aripiprazole. Jadi persoalannya ,berapakah jarak masa kedua ubat tersebut sebelum diambil makan? Dan berapa lamakah tempoh ubat itu memulihkan penyakit saya alami?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Setiap pengambilan ubat perlulah mendapat kebenaran daripada doktor yang merawat anda kerana beliau lebih mengetahui tentang kondisi anda yang sebenar berdasarkan pemeriksaan yang telah dilakukan sebelum ini. Justeru kami sarankan anda untuk mengambil ubat tersebut mengikut panduan yang telah ditetapkan oleh staf kesihatan. Sekiranya terdapat keraguan, anda dinasihatkan untuk menghubungi hospital bagi mendapatkan kepastian. Mengenai tempoh sembuh bagi setiap individu adalah berbeza-beza, ianya bergantung kepada konsistensi anda dalam pengambilan ubat, gaya hidup dan mematuhi nasihat/panduan daripada doktor.
Namun, jawapan ini adalah keterangan am tentang hal ini. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih