
ardiana.diana321
5 tahun
Sle dan hyperthyroid
Saya wanita berumur 27 tahun mengalami sle dan hyperthroid… Saya sering mengalami kesakitan pada sendi2

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
kebiasaannya penyakit autoimun SLE memerlukan rawatan ubatan jangka panjang dan pengawasan rapi pakar perubatan. Salah satu komplikasi SLE yang tidak terkawal adalah lupus arthritis yang menyebabkan sakit sendi pada puan. Namun,masih terdapat pelbagai lagi punca sakit sendi seperti demam denggi dan osteoarthritis.
Penyakit hyperthyroid juga mempunyai pelbagai pilihan rawatan. Plan rawatan manakah yang anda sedang jalani?
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan/keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih