osmankarim884
4 tahun
Soalan berkenaan jangkitan hiv
Adakah hiv berjangkit terus semasa saya memasukan kemaluan saya pada wanita hiv ataupon semasa kemaluan mengeluarkan cecair?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, HIV merebak melalui darah, air mani, cecair dari faraj seseorang yang mempunyai virus ini masuk ke dalam badan. Antara cara ia merebak adalah:
- Semasa hubungan seksual
- Perkongsian jarum (semasa mengambil dadah atau prosedur membuat tatu)
- Semasa mengandung, melahirkan bayi, susu badan pregnancy, childbirth, or breastfeeding.
Untuk menjawab soalan anda, ia harus mengeluarkan cecair. Oleh itu, penggunaan kondom dapat mengelakkan jangkitan HIV ini.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk lebih lanjut anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat yang diperlukan. Terima kasih.