
Sulit
5 tahun
Soalan saya, mengenai kanak-kanak berusia 2 tahun 10 bulan yang mengalami gejala muntah-muntah setiap kali makan. Kadang, dia akan muntah terus semasa makan
Saya mak saudara kepada kanak-kanak berusia 2 tahun 10 bulan. Sejak PKP dilaksanakan, saya mengambil alih tugas menjaganya. Ini kerana ibunya, iaitu adik saya bekerja sebagai salah seorang staff KKM. Setiap kali waktu makan, saya perasan dia akan mengalami gejala muntah atau jeluak. Kadang tu, dia akan muntahkan kembali makanan yang dia makan. Untuk pengetahuan, setiap hari, di kn say berikan minum air masak sebanyak 8oz×3, di samping minum susu formula. Saya risau sekiranya anak ini mengalami masalah kesihatan lain yang saya tidak perasan. Selama saya bekerja, dan ibunya tutur bekerja, anak ini di jga oleh pengasuh. Dia aktif seperti kanak2 lain. Dia bermain seperti biasa. Masalah tiba setiap kali waktu makana. Adakah anak buah saya ada masalah kesihatan yang khusus? Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah muntah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- keracunan makanan
- kesan sampingan ubat-ubatan
- keradangan usus
- masalah gastrik
- spinter bawah esofagus menjadi ketat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.