Sulit
3 tahun
Soalan tentang ubat loratadine
Saya seorang lelaki beumur 30 an , saya memakan loratadine . tetapi keadaan saya bertambah apabila sesak nafas oleh hingus yang berada di hidung. apakah itu punca dari loratadine?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang alami. Untuk pengetahuan anda, ubat tersebut digunakan untuk mengurangkan gejala seperti:
- Hingus atau selsema
- Bersin
- Gatal-gatal mata, tekak atau hidung
- Reaksi alahan
Kesan sampingan ubatan tersebut pula adalah seperti berikut dan anda perlu memberitahu doktor sekiranya anda mengalami gejala berikut:
- Sakit kepala
- Mulut kering
- Hidung berdarah
- Sakit perut
- Mata merah dan gatal
- Cirit birit
Untuk menjawab persoalan anda, sesak nafas tersebut boleh disebabkan oleh hingus, ubat tersebut sendiri sekiranya anda mempunyai alahan terhadapnya ataupun sebab yang lain. Kami sarankan agar anda berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut dan supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.