
Sulit
3 tahun
Social anxiety disorder
Saya seorang pelajar , kalau dulu saya okay untuk berkenalan atau menegur seseorang . Tapi sekarang saya rasa takut untuk bersembang dengan orang . Tidak pasti apa yang menakutkan saya tapi saya rasa tidak selesa. Baru baru ini cikgu bertanya soalan kepada saya melalui google meet . Suara saya bergetar dan tangan saya bergetar rasa nak nangis. Padahal dulu saya tidak macamtu . Adakah saya menghidap social anxiety?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Kami tidak dapat memberikan kepastian jika anda mengalami masalah social anxiety tanpa maklumat tambahan dan ujian tambahan. Namun, jika anda mengalami tanda-tanda seperti di bawah, anda mungkin mempunyai masalah social anxiety.
- rasa takut untuk berinteraksi dengan orang lain
- terlalu khuatir anda akan memalukan diri sendiri di hadapan orang lain
- menghindari diri daripada bercakap dengan orang lain atau keluar untuk ‘socialize’
- selalu berfikir mengenai perkara buruk yang akan berlaku sekiraya berinteraksi dengan orang lain
- aktiviti rutin harian terganggu disebabkan perasaan cemas
- kesukaran bernafas
- kekejangan otot
- jantung berdebar-debar
Kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada kaunsellor atau pakar psikiatri untuk mengetahui jika anda mengalami masalah social anxiety.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.