
Sulit
5 tahun
Something like air bubbling di left chest, angin bloating, constant anxious
This week i got anxiety, dan physical symtoms mcm shallowed breath tingling hand semua terasa. Perut selalu angin bergerak2. And rasa annoyed yang air bubbling on my left chest tu apa ya? Dia mcm terasa mcm bubbling air lalu but at the same place. It makes me worry. Bcs dia dekat left chest berdekatan dgn mid chest. Is it acidity dlm n? Badan pun lemah idk its gerd ke apa sbb i ada traumatic event berkaitan dgn angin/gastrik.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Namun begitu, saya memerlukan lebih maklumat untuk memahami apa sebenarnya masalah anda.
Saya beranggapan anda takut kerana sakit tersebut di sebelah kiri dan dekat dengan jantung. Untuk makluman anda berikut merupakan gejala serangan jantung
Sakit dada yang boleh merebak hingga bahu dan rahang
Berpeluh
Degupan jantung laju
Sesak nafas
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Klik pada link ini ( DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.