
Sulit
5 tahun
Sore throat dan badan rasa warm
Hello. Saya tngh mengalami sore throat. Dalam segi suhu badan, hanya rasa badan warm.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hello. Terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Saya ambil maklum bahawa anda mengalami masalah ‘sore throat’ serta badan terasa ‘warm’ Saya memahami kebimbangan anda mengenai gejala ini kerana baru-baru ini berlaku wabak coronavirus.
Untuk pengetahuan, anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori seperti berikut:
Risiko rendah: ikuti langkah-langkah pencegahan yang disarankan.
Risiko sederhana-rendah: ikuti langkah-langkah pencegahan yang disarankan serta pantau gejala yang dihadapi.Dapatkan bantuan daripada pihak berkuasa kesihatan tempatan jika gejala ini berkekalan atau berlarutan.
Risiko sederhana-tinggi: Anda perlu untuk menjalani kuarantin kendiri di rumah sekurang-kurangnya 14 hari. Ada juga perlu untuk memantau perkembangan kesihatan badan anda seperti suhu badan dan mengawasi sebarang simptom COVID-19 seperti batuk, kesukaran bernafas dan demam.
Risiko tinggi: Anda perlu untuk pergi ke fasilit kesihatan dengan kadar segera. Sekiranya anda didapati positif COVID-19, anda akan dirujuk kepada hospital khas dan mendapatkan rawatan lanjut. Anda juga akan dikuarantin di fasiliti kesihatan tersebut untuk tujuan pemantauan.
Selain itu, terdapat banya sebab lain yang boleh menybabkan sakit tekak. Antranya:
Jangkitan bakteria/virus
Tekak luka akibat batuk
Tekak tercedera akibat makanan keras atau tajam
Terlalu banyak menjerit atau bercakap
Kurang minum air
Oleh itu, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan kesimpulan mengenai gejala anda. Selain itu, anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal) untuk bercakap terus dengan doktor KKM secara percuma bagi masalah virus ini.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini