Sulit
6 tahun
Sperma Berdarah ketiak perhubungan intim bersama isteri apabila menguna kondom
Saya berumur 34 tahun, apabila selepas perhubungan intim dgn isteri, sperma yg keluar berdarah. Benda ini akan berlaku bila sy mgunakan kondom, jika tak guna kondom sperma tak berdarah pula.Sy pernah berjumpa doktor dan sruh pergi x-ray utk lihat samada ada batu atau tidak, tapi hasil x-ray tiada apa2. Setakat harini perkara itu masih berlaku, tapi sy tidak berasa sakit di mana2 bahagian badan walaupun ketika buang air kecil, pohon nasihat doktor.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Puncanya adalah kerana salur darah kecil pecah pada persekitaran sistem reproduktif. Hal ini boleh disebabkan oleh trauma atau prosedur kesihatan pada kawasan zakar. Punca lain termasuklah:
- Ketumbuhan tumor
- Jangkitan penyakit kelamin
- Batu karang dalam kelenjar sistem reproduktif
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.
































