
Sulit
4 tahun
Split personaliti dan cara untuk mengubati tanpa gantung pada ubat
Saya ada kawan dan dia ni ada split personaliti ,sifat asli fia beza dengan yg baru ni. Dia akn cepat marah atau melenting bila ada benda yang orang lain buat atau senang cerita sesiapa yang dekat dengan dia akan kena maki,marah dan pukul. Dia lupa apa yang jadi setelah diri asli dia muncul dan bila split personaliti hadir benda yang penting akan lupa…bila jumpa doktor bab ni dia lawan doktor …saya tak mahu dia gantung dekat ubat je… jadi boleh kah saya tahu cara lain bagi kembalikn diri aslinya?dia akan muncul split personaliti bila diri aslinya kesedihan.kadang tiba3 saja boleh berubah dan satu hal lagi satu orang je dia boleh layankan tapi dalam mod beku dan dia tidak mahu lepaskan orang tu…apa patut saya lakukan …terima kasih…

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, sukar untuk kami katakan sama ada rakan anda mempunyai masalah mental ataupun tidak berikutan lebih banyak maklumat diperlukan dan anda perlu membuat pemeriksaan bersama dengan doktor pakar psikiatri. Oleh itu, kami tidak dapat memberikan diagnosis yang tepat kepada anda.
Terdapat beberapa punca yang menyebabkan anda mempunyai masalah sedemikian:
- Trauma dengan masa lalu
- Kemurungan ( depression )
- Keresahan ( anxiety )
- Masalah personaliti
- Penyakit bipolar
- Rehat yang tidak mencukupi
- Tekanan emosi atau stres
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Ia juga boleh disebabkan oleh perkara lain yang tidak kami sebutkan di atas. Terdapat rawatan yang tidak bergantungkan kepada ubat namun pemeriksaan lanjut oleh doktor pakar adalah diperlukan supaya punca masalah rakan anda dapat diketahui dan rawatan dan bantuan dapat diberikan kepada rakan anda.
Pada masa ini, rakan anda boleh lakukan beberapa perkara berikut:
- Menceritakan masalah kepada orang yang anda percaya sekiranya ada
- Melakukan aktiviti yang boleh mengalihkan perhatian anda daripada berfikiran negatif
- Mengamalkan gaya hidup sihat
- Mendapatkan rehat yang cukup
- Elakkan diri daripada perkara yang boleh mendatangkan gejala
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang anda alami. Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor kami mengenai masalah yang anda alami. Terima kasih.