
Sulit
4 tahun
Spotting blood setelah penggunaan pil emergency morning after
Hi Hi. Semasa saya sedang PU, tiba tiba saya sedar terdapat “spotting blood” pada mangkuk tandas. Ianya berlaku selama 2hari berturut turut. Dan pada minggu tersebut merupakan minggu saya yang bakal period. Untuk pengetahuan DR juga, saya telah makan pil emergency morning after 2minggu yang lepas. Pertanyaan saya ialah
- Adakah pil emergency morning after saya telah berkesan?
- Adakah itu yang akan terjadi sebelum period?
- Adakah itu tanda-tanda awal kehamilan?
Terima kasih.
Dr.

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Spotting merupakan gejala pendarahan sedikit atau coklat. Ia boleh disebabkan oleh fisiologi normal atau masalah kesihatan. Anda telah mengambil pil perancang kecemasan. Ia boleh memberi kesan sampingan seperti mengubah kitaran haid anda samada lebih awal atau lewat, haid banyak atau sedikit. Gejala ini mungkin boleh disebabkan oleh kesan sampingan ubat tersebut. Walaubagaimanapun, Untuk maklumat anda, spotting juga boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting (keluar cecair coklat) sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depo, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat kerana punca kepada masalah spotting dan cecair hitam ini merangkumi pelbagai sistem dan organ badan manusia. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor supaya pemeriksaan, diagnosis dan rawatan yang tepat dapat diberikan. Jika perlu, doktor akan merujuk permasalahan ini kepada doktor pakar sakit puan (O&G) mengikut punca masalah yang anda hadapi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh menempah rundingan bersama doktor pakar & hospital pilihan anda di sini.
Terima kasih.