
imijazdawg
5 tahun
Spotting darah berwana coklat gelap
Saya wanita berumur 22 tahun dan saya mengalami spotting darah berwara coklat gelap selepas seminggu haid. Harini sudah hari ke 3 saya mengalami spotting ni. Pada masa yang sama, saya tidak rasa sakit perut seperti haid yang biasa tetapi apabila saya cuba untuk mencuci bahagian dalam faraj terasa macam pedih. Adakah ini normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan gejala “spotting” dalam kalangan wanita antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Penggunaan perancangan kehamilan seperti suntikan depo, pil dan juga IUD
Kebiasaannya spotting tidak menyebabkan gejala seperti pedih atau gatal. Oleh itu, kemungkinan lain yang menyebabkan gejala keluarnya cecair dan pedih pada faraj ini adalah:
- Jangkitan saluran kencing
- Jangkitan kelamin
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.