
adeebanajihah
5 tahun
Spotting lebih 3 minggu
Hi doktor , kenapa saya spotting dah melebihi 3 minggu , minggu 1st darah ada and minggu 2nd dia ada bnyk sikit and sampai minggu ke 3rd ni dia masih ada lagi . And saya dah melalui spotting ni setiap kali period saya habis lebih kurang seminggu selepas haid saya habis spotting ni akan muncul and tak habis habis walaupun dah melebihi sebulan . Saya tak tahu nak buat apa . Apa masalah saya doktor?tq

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejalahaid berpanjangan ini boleh disebabkan:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang sering tidak diketahui
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks - gejala lain seperti hilang berat badan, sejarah kekeluargaan, keputusan “smear” positif
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti penggunaan aspirin
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.