Anonymous
6 tahun
Spotting or Period if late for 9 days
Saya berumur 27 thn dan telah berkahwin. Period saya lewat 9 hari… dan harini ada darah dekat pantyliner saya… should be darah period pekat n berketul sikit. And when I poo td takda darah come along…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk maklumat anda, spotting atau pendarahan sedikit seperti yang anda ceritakan boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Anda boleh mendapatkan alat ujian kehamilan di farmasi kami dan melakukan ujian di rumah dan mendapatkan nasihat lanjut untuk masalah ini. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOncall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.




























