Sulit
3 tahun
Spotting selepas bersama
Saya wanita berumur 31. Telah selamat bersalin secara normal Ogos tahun lepas. Baru2 ni saya ada bersama dengan suami dan agak kasar sedikit. Saya merasa pedih semasa bersama mungkin disebabkan faraj kering dan terasa sakit juga di bahagian dalam. Tapi sudah 4 hari saya mengalami spotting dan ini menimbulkan kerisauan kepada saya.
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas kesakitan.
Umumnya, pendarahan faraj atau spotting selepas hubungan seksual boleh disebabkan oleh:
- Pelincir tidak mencukupi.
- Trauma atau koyakan pada struktur faraj
- Luka pada faraj
- Jangkitan pada faraj
- Masalah struktur faraj
Untuk menjawab pertanyaan anda, spotting selepas hubungan seks adalah sesuatu yang tidak normal dan membimbangkan.
Berbincanglah dengan suami agar tidak melakukan hubungan dahulu buat sementara waktu, dan untuk hubungan yang selanjutnya
- memastikan kelamin pihak wanita telah siap untuk penetrasi
- menggunakan bahan pelincir atau lubricant
- tidak terburu-buru dalam melakukan hubungan intim
- memastikan kedua-dua kelamin bebas dari jangkitan kuman
Untuk mengenal pasti punca masalah yang anda alami, pemeriksaan dan ujian lebih lanjut seperti pengimejan dan pengambilan sampel cecair dari faraj anda mungkin diperlukan. Oleh itu anda dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor untuk maklumat lebih lanjut.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Tambahan lagi, anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan kepada doktor kami secara langsung diatas talian.