
Sulit
4 tahun
Steroid krim untuk ibu menyusu
Hi doctor. Saya nak tanya, boleh ke pakai krim beprogent untuk ibu menyusu badan? Ada kesan tak untuk bayi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, krim steroid yang anda nyatakan berpotensi selamat digunakan semasa menyusui. Walau bagaimanapun, krim ini perlu diambil dengan berhati-hati. Hal ini kerana, data terhadap manusia dan haiwan, yang menunjukkan bahawa krim tersebut tidak menunjukkan risiko jelas terhadap bayi yang menyusui, adalah terhad. Krim ini juga boleh terdapat dalam susu ibu dalam jumlah kecil. Oleh itu, pengambilannya tidak disyorkan bagi ibu menyusu kerana dikhuatiri boleh membahayakan perkembangan bayi.
Namun begitu, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih