kllemans
3 tahun
Stop Bisoprolol (lemah syahwat)
Saya lelaki 58th… 9 thn lalu sy sudah buat CABG…Saya mengalami lemah syahwat…boleh tegang bila lagi jika berseorangan tapi tidak jika bersama isteri. Sy imgin berhenti dr mengambil bisoprolol 2.5gm setiap hari. Apa pdgn tuan dr?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah lemah syahwat.
Melalui keterangan yang anda berikan, saya tidak boleh memberi keputusan untuk tukar ubat anda kerana saya bukan Doktor yang merawat anda. Anda dinasihatkan untuk memberitahu kesan sampingan ubat ini kepada doktor yang merawat dan berbincang bersamanya untuk alternatif ubat yang lain.
Jika masalah ini telah selesai, nikmatilah saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Disini saya kongsikan kaedah lain untuk mendapatkan tenaga batin yang sihat:
- Terlibat dengan senaman yang sentiasa aktif
- Banyakkan permakanan sayur-sayuran dan buah-buahan
- Tingkatkan pemakanan yang mengandungi omega-3, Vitamin B1, dan juga telur.
- Kurangkan stress.
- Kurangkan merokok atau alkohol.
- Keluar dari rumah untuk mendapatkan cahaya matahari.
- Melancap atau melancap sejam sebelum melakukan hubungan seks
- Menggunakan senaman Kegel : Kemutkan lubang dubur selama 3 saat dan legakan selama 3 saat. Ulang beberapa kali dalam sehari.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan pakar kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.