
Sulit
4 tahun
Stop cucuk perancang adakah berkemungkinan mengandung awal?
Saya nak tanya , ada kemungkinan ke boleh mengandung selepas stop ambil cucuk perancang,last saya ambil bulan 10 dan bulan 1 adalah tarikh untuk cucuk seterusnya tetapi saya tidak mengambil cucuk perancang itu… Sepanjang cucuk saya tak period sampai sekarang .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, untuk kitaran haid anda kembali normal selepas pengambilan suntikan perancang, ia akan mengambil masa hingga berbulan. Ketiadaan haid akan semakin berlarutan jika anda stres, berat badan terlebih /kurang berat serta banyak aktiviti fizikal.
Untuk pengetahuan anda, rata-rata wanita yang mendapat suntikan perancang mula subur 10 bulan setelah suntikan terakhir. Menurut kajian yang dilakukan oleh pengeluar ubat, terdapat wanita yang mula subur seawal 4 bulan setelah suntikan terakhir, malah ada yang sehingga 31 bulan setelah suntikan terakhir.
Sekiranya puan masih ragu, sebaiknya melakukan pemeriksaan ulang. Sebagai info tambahan, sedikit tips bagi puan untuk melakukan ujian UPT adalah bahawa sebaiknya diuji menggunakan air kencing yang pertama pada awal pagi kerana air kencing lebih cair dan kepekatan hormon hCG dalam air kencing akan lebih berkurang selepas pengambilan makanan pada awal pagi.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih