
Sulit
4 tahun
Stop period selepas sebulan keluar darah
saya darah keluar hampir sebulan … ada hari spoting, ada hari darah beku , ade hari cair2 macam air … saya makan sunolut 1tab TDS … adakah period boleh stop dalam masa 2,3hari ini? tq doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Polip rahim
- Fibroid rahim
- Endometriosis
- Adenomyosis
- Masalah kelenjar tiroid
- Masalah sistem pembekuan darah
- Penggunaan ubat cair darah
- Aktiviti harian yang terlalu padat
- Tekanan emosi atau stres
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid yang berpanjangan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Perkara ini perlu diberikan perhatian oleh doktor dan anda dengan segera memandangkan anda mengalami haid yang berpanjangan.
Sukar untuk kami katakan sama ada ia akan berhenti pada masa terdekat kerana ia bergantung kepada badan anda sendiri.
Sila jumpa dengan doktor segera, lebih-lebih lagi jika anda mengalami gejala ini:
- Sakit perut atau ari-ari
- Demam
- Pucat
- Lemah dan lesu
- Pening kepala
- Sakit kepala
- Sakit dada
- Sesak nafas
- Gejala yang dialami mengganggu aktiviti harian anda
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.