
Sulit
3 tahun
Stopkan period setelah menerima suntikan perancang keluarga
Saya wanita berusia 22 tahun. Saya telah berkahwin dan menerima suntikan perancang keluarga atas sebab tertentu. Sudah melebihi 2 minggu sejak hari pertama period, masih belum stop. Apakah cara untuk menghentikannya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda telah mengambilan suntikan perancangan dan kini anda mengalami pendarahan haid melebihi 2 minggu. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, penggunaan perancangan keluarga, terutamanya suntikan perancang boleh menganggu kitaran haid anda. Salah satu kesan sampingan suntikan perancang adalah pendarahan faraj abnormal. Kami menasihatkan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor untuk nasihat lanjut kerana pendarahan haid yang berpanjangan boleh meningkatkan risiko anda untuk komplikasi seperti anemia. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan