
Sulit
4 tahun
Stress atau insomnia
saya baharu berumur 17 thun tapi saya mengalami pelbagai gejala yang saya amat risaukan. saya kerap pitam sehingga sukar berdiri terutama sekali apabila baharu bangun daripada tidur. saya semakin hari semakin sensitive dengan cahaya. saya juga sesak nafas apabila dalam ruang tertutup. sakit dada(saya ada gastris) selera makan saya sentiasa berkurang. saya memerlukan 1 - 2 jam utk tdur pda waktu mlm shingga mnyrbabkn saya mngantukbpafa sebelah pgi.
Adakah ini simptom2 stress atau insomnia. erap kebas dan demam pada waktu malam sahaja. mohon pnerangan🙇

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Kami sarankan anda mencuba yang berikut untuk memperbaiki masalah insomnia anda iaitu:
- Kurangkan stres, pastikan anda dikelilingi oleh dorongan yang kuat dan sihat
- Seimbangkan pemakanan. Banyakkan makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran
- Elakkan tabiat merokok
- Dapatkan nasihat kaunseling dari pihak berkenaan
- Minta preskripsi anti-depressant daripada doktor anda mengenai masalah tidur ini.
- Banyakkan meluangkan masa dengan keluarga dan rakan-rakan
- Perbanyakkan senaman yang seimbang.
- Mematikan lampu ketika ingin tidur.
- Pastikan tempat tidur anda dalam keadaan yang selesa dan tenang.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti
Sekiranya perkara di atas tidak dapat membantu, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan bagi mengenalpasti punca masalah yang anda hadapi. Kadangkala penyakit insomnia merupakan salah satu masalah psikatri yang dihadapi pada zaman ini.
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih