
Sulit
5 tahun
Stress dan emosi melampau disebab faktor kekangan seks
Saya lelaki 20an,mengalami stress dan emosi yg melampau akibat dri faktor kekangan seks bersama pasangan (to emph

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan soalan. Untuk maklumat anda, kekangan seks boleh berlaku disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Masalah kesihatan (mati pucuk, ejakulasi pramatang)
- Ketidakpuasan (sakit ketika mengadakan hubungan intim, ketidaksefahaman)
- Kekangan secara am (Faktor masa, ahli keluarga, tempat, wang, agama)
Jika anda boleh meningkatkan mutu dan kualiti seks dalam kehidupan anda, hal ini dapat membantu mengurangkan stress dan emosi anda. Anda boleh melakukan langkah-langkah berikut untuk meningkatkan kualiti kehidupan seks anda:
- Cari masa paling sesuai untuk berbincang dengan pasangan
- Elakkan memberi kritikan
- Jujur dalam hubungan
- Menggunakan minyak pelincir
- Menambah ilmu pengetahuan tentang perbezaan kehendak lelaki dan perempuan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.