Sulit

4 tahun

Stress dan masalah lain- lain

Saya perempuan berumur 14 tahun, saya dah lama mengalami stress. Adakah itu akan menyebabkan keguguran rambut dengan banyak dan ada risiko ketumbuhan otak? Terima kasih.

Dr Ramzdhan,

4 tahun

Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, terdapat beberapa kesan stress terhadap tubuh badan, antaranya ialah:

  1. Masalah jantung dan angin ahmar. Masalah stress akan menyebabkan kandungan lemak dalam saluran darah meningkat sekaligus menyebabkan gangguan tekanan darah. Jika perkara ini berlaku dalam jangka masa yang panjang, ia akan menyebabkan kandungan lemak yang meningkat ini mendap dan terkumpul dalam saluran darah. Perkara ini akhirnya menyebabkan saluran darah menjadi sempit dan akhirnya pengaliran darah ke organ terlibat akan berkurangan. Jika perkara ini berlaku pada organ jantung, ia akan menyebabkan serangan jantung dan masalah strok atau angin ahmar untuk organ otak.

  2. Perkara ini juga mengundang kepada masalah kencing manis. Hal ini kerana, stress akan memberi respons agar pankreas kurang menghasilkan hormon insulin. Hormon ini pula penting bagi memecahkan kandungan gula dalam badan.

  3. Senario stress ini juga boleh mengakibatkan masalah insomnia. Seperti yang kita sedia maklum, keadaan stress akan menyebabkan fikiran seseorang terganggu. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan seseorang menghadapi kecelaruan minda dan akhirnya susah untuk mereka tenang serta tidur. Kurang tidur juga memberikan kesan kepada produktiviti seseorang dan juga akhirnya menyebabkan seseorang bertambah stress.

  4. Mudah untuk dijangkiti sakit penyakit. Stress akan menghasilkan beberapa hormon yang digunakan untuk menghadapi situasi stress. Namun hormon ini akan menyebabkan sistem imuniti badan menjadi lemah. Keadaan ini pula memberi kesan kepada daya tahan seseorang terhadap jangkitan. Oleh itu, pesakit akan lebih mudah dijangkiti penyakit.

  5. Stress akan menyebabkan seseorang mengalami keradangan gastrik ataupun ketumbuhan ulser pada perut. Fenomena stress akan merangsang penghasilan asid berlebihan dalam perut. Asid yang terlalu banyak akan menyebabkan irritasi pada lapisan perut. Perkara ini akhirnya menyebabkan perut cedera ataupun ketumbuhan ulser.

  6. Masalah stress yang kronik boleh menyebabkan masalah kulit seperti jerawat dan keguguran rambut.

Terdapat beberapa cara lain yang boleh untuk dilakukan untuk mengurangi stres anda. Antaranya:

  1. Melakukan aktiviti kerohanian
  2. Mengadakan senaman secara berkala
  3. Mempraktikkan pengamalan tidur yang baik (sleep hygiene).
  4. Berjumpa dengan pakar kaunseling
  5. Mengamalkan pemakanan yang sihat

Berkenaan dengan keterangan anda mengenai bacaan tekanan darah anda yang tinggi, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan susulan dan rawatan.

Namun begitu, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih

Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.

image

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)