
Anonymous
2 tahun
Stretch marks yang teruk
saya lelaki berusia 28 tahun.badan saya penuh dengan stretch marks,termasuk bahagian kaki,lengan dan punggung.apakah rawatan yang perlu saya jalani untuk menghilangkan stretch mark itu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Penggunaan istilah “stretch mark” perlu mendapat lebih maklumat lanjut seperti warna, panjang dan sejarah kesihatan. Antara punca-punca kepada gejala yang disebutkan adalah:
- Sindrom Cushing
- Obesity
- Penggunaan ubat-ubatan (steroid)
- Hilang berat badan
- Vaskulitis
- Masalah pembekuan darah
Mengenai rawatan pula, sekiranya “stretch mark” yang berwarna putih terdapat krim yang boleh dipakai. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.