
kirahosha25
2 tahun
Strok haba menyebabkan pening kepala
Saya deman panas sangat, lepastu saya pakai sweater sebab sejuk dan saya berpeluh, adakah ianya boleh mendatangkan strok haba

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, strok haba boleh memimik strok otak. Oleh itu, kelemahan badan merupakan salah satu simptom strok. Lagipun strok haba melibatkan pendedahan terus haba persekitaran seperti menjalankan aktiviti di bawah terik matahari. Untuk anda yang sedang mengalami demam panas, anda harus menuam dan lap badan untuk menurunkan suhu badan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.