
Kuncipatah8000
5 tahun
Stroke pendarahan otak
hello doctor mahu tanya bapa saya sudh 3 hari di hospital kena stroke pendarahan otak jdi nk tnya stroke mcm ni berapa masa akan pulih lgi 1 doctor disana ckp klo pulih pon bdn yg kiri kene stroke akan lemah. Harap2 saya dpt jawapan yg tidak mengerikn tentang stroke pendarahan otak ni

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, istillah strok atau serangan angin ahmar ialah penyakit dimana sel organ otak tidak mendapat oksigen secukupnya sehingga menyebabkan sel tersebut mati dan menjejaskan fungsi bahagian otak tersebut. Antara penyebabnya ialah masalah darah beku atau kolestrol yang menutupi salur darah, salur darah otak pecah akibat tekanan darah tinggi dan macam-macam lagi. Salur darah tersebut berada dekat dengan organ otak.
Jangka masa untuk seseorang sembuh daripada sakit ini amat bergantung kepada beberapa faktor, antaranya:
- Keseriusan pendarahan
- Usia
- Sejarah sakit seseorang
- Gaya hidup
Seseorang yang mengalami masalah ini akan menunjukkan simptom lemah badan dan masalah ini dapat diatasi dengan menghadiri sesi fisioterapi. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.