
cheyam
5 tahun
Suami Diminta Memakan Ubat Kencing Manis
Suami diminta memakan ubat kencing manis dgn bacaan gula 7… sudah tahap bahaya ke doc?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Hai! Terima kasih kerana mengemukakan soalan anda. Untuk mengukur tahap glukosa, terdapat banyak ujian yang digunakan doktor. Ini termasuklah tahap glukosa darah rawak, tahap glukosa berpuasa, ‘oral glucose tolerance test” (OGTT), dan ujian HbA1c. Saya akan menerangkan tentang setiap ujian di bawah. Untuk setiap ujian, dia akan ada nilai pra-diabetes dan diabetes. Tafsiran nilai-nilai juga bergantung jika orang itu ada simtom diabetes atau tidak.
Random blood glucose (RBG) adalah tahap glukosa yang diambil secara rawak sama ada mereka dah makan atau tidak. Ujian ini mengukur paras glukosa dalam kapilari atau urat pesakit pada satu masa tertentu. Ujian ini bukan cara yang boleh dipercayai sepenuhnya untuk memeriksa dan mendignosa diabetis tetapi ujian ini mudah dilakukan dan peskit tidak perlu puasa terlebih dahulu.
Seseorang itu dianggap sebagai pra-diabetes jika tahap glukosa darah rawak adalah antara 7.8 hingga 11.1 mmol / L. jika seseorang itu yang ada simtom diabetis, dia akan didiagnosa dengan diabetes jika nilai glukosa darah rawak lebih daripada 11.1 mmol / L. Sebaliknya, jika pesakit tidak ada simtom, nilai glukosa darah rawak kapilari yang lebih daripada 5.6 mmol / L, memerlukan lebih banyak ujian yang lebih lanjut.
Bagi soalan anda, jika suami anda mengambil tahap glukosa secara rawak, ia akan menjadikannya ujian RBG. Jadi seperti yang disebutkan di atas, ia bergantung jika suami anda ada simtom atau tidak. Jika ada simtom, nilai 7 akan memerlukan ujian selanjutnya iaitu RBG di vena tangan. Tetapi, jika suami anda tidak ada simtom, ujian selanjutnya juga diperlukan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.