
jayjoeunileona
5 tahun
Suami masih bertugas
Adakah dia tidak akan dijangkiti n mengapa krj tidak menyamakan mrk duduk di rumah dlm tempoh lockdown ini? Mengapa golongan ini dikecualikan? Bgmana nak mencegah if u did not prevent? Subsidi dan bantuan segala perlindungan diri juga patut diberi spt mask, sanitiser dan bahan2 disinfektan.lebih lagi kpd golongan yg tidak mampu.
Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Seperti yang anda sedia tahu, beberapa premis masih boleh dibuka sementara kita masih dalam arahan kawalan pergerakan. Hal ini bagi memasatikan kehidupan harian rakyat masih boleh berjalan seperti biasa. Ini adalah usaha bagi menghentikan rantaian jangkitan wabak ini.
Saya memahami kekesalan pihak anda mengenai kehabisan stok penutup muka dan hidung serta hand sanitizer. Hand sanitizer hanyalah pengganti sekiranya sabun dan air tiada. Oleh itu, saya galakkan untuk anda sentiasa membasuh tangan dengan air dan sabun. Selain itu, amalkan social distancing dimana setiap kali anda terpaksa berada di luar, pastikan anda memberi sedikit ruang jarak antara satu samal lain.
Anda juga boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah untuk mengurangkan kesesakan di hospital bagi melakukan ujian saringan COVID-19.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini