
Sulit
4 tahun
Suami minum ubat methadone
Salam sejahtera. Sy ingin bertanya… suami sy bekas penagih dadah. Dan dia bergantung pd ubat methadone yg dibeli di klinik swasta. Tapi ubat tu kehabisan stock di klinik. Skarang dia Mula rse penat dan tak bermaya. Adakah ada ubat lain selain metadhone yg dpat beri dia tenaga?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang suami anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Secara umum, penggunaan ubat ini perlu mendapat kebenaran daripada doktor. Sila dapatkan pandangan dan nasihat daipada doktor yang merawat suami anda.
Oleh itu, anda disarankan untuk mendapatkan ubat di fasiliti kesihatan yang berautoriti ataupun merujuk (DoctorOnCall) ataupun klik pada link(DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.s