Sulit
5 tahun
Suami sy pancut awal
Sy umur 28 dh 5thn berkahwin.sy ade mslh ttg suami sy yg cpt pancut xsmpai 5 minit dh end.sy stress dgn situasi mcmni.plbgai ubat dh cuba.sy buntu.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi iaitu ejakulasi pramatang yang dialami oleh suami anda anda.
Untuk makluman pihak anda, masalah ejakulasi pramatang boleh berlaku dan bukan perkara yang harus dirisaukan jika tidak kerap berlaku. Umumnya, ejakulasi pramatang boleh berpunca dari:
- Faktor Psikologi
- Pengalaman seksual yang awal
- Gangguan/deraan seksual
- Rasa rendah diri dengan imej badan
- Kemurungan
- Risau akan ejakulasi awal
- Rasa bersalah semasa melakukan aktiviti seksual
- Faktor biologi
- Tahap hormon yang tidak normal
- Tahap neurotrasnmitter yang tidak normal
- Keradanagan atau jangkitan di urethra
- Gangguan genetik
Suami anda mungkin di diagnosa dengan ejakulasi pramatang jika beliau:
- Sering mencapai ejakulasi dalam masa 1 minit
- Tidak dapat mengawal ejakulasi untuk melambatkannya setiap masa
- Rasa tertekan dan kecewa lalu mengelakkan aktiviti seksual
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Khusus untuk ejakulasi pramatang, suami anda tidak digalakkan untuk menggunakan apa-apa ubatan tanpa merujuk doktor, namun boleh melakukan senaman pelvis untuk menguatkan bahagian pelvis beliau.
Untuk mengetahui punca masalah yang suami anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah


































