
Sulit
3 tahun
Suara tidak kuat dan jelas
Saya lelaki dewasa. Masalah saya doc, suara saya halus dan tidak terdegar bila bercakap depan khalayak ramai…macam tenggelam. Apakah saya ada masalah pita suara sejak remaja…sy sukar menjerit dan bila saya paksa bercakap kuat tekak saya mcm sakit. Kadang² sya rasa rendah diri dan sedih xsepwrti org lain yg dikurniakan suara yag kuat paling tidak terdengar jelas dan kuat…sy segan nk bercakap dpn org ramai sebb suara saya xjelas dan kuat…apakah rawatan nya doc…tksih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Masalah anda perlu diperiksa dengan lebih mendalam, sukar bagi saya untuk memberikan kesimpulan dalam hal ini tanpa menilai masalah anda secara fizikal. Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan masalah suara, seperti:
- Merokok
- Alahan
- Rheumatoid arthritis (masalah pada sendi)
- Masalah pada kelenjar tiroid
- Refluks asid
- Keradangan larinks
- Masalah saraf
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah perlu diketahui. Oleh itu, maklumat dan pemeriksaan tambahan perlu dilakukan untuk mendapatkan kesimpulan dan rawatan yang sepatutnya.
Saya harap jawapan saya mencukupi, namun jika anda ingin mendapatkan keterangan lanjut, anda boleh menghubungi doktor kami untuk bercakap dengan mereka secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.