
Sulit
5 tahun
Suhu badan melebihi 37° dan sakit kepala
Hi saya wanita berumur 31 tahun dan masih belum berkahwin… saya mengalami masalah suhu badan 37° ke atas sudah hampir sebulan dan juga kadang2 mengalami sakit kepala…badan saya juga selalu berasa lemah pada waktu malam sehingga suhu badan pernah mencecah 37.5°…sakit tekak, selesema dan batuk ada tetapi tidak teruk…haid juga baru datang selepas 3minggu lewat tetapi hanya sedikit shj…adakah saya perlu membuat health screening secepat mungkin?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat Sejahtera
Terima kasih di atas soalan yang diajukan. Saya memahami kebimbangan anda berkait rapat dengan wabak COVID-19.
Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Berdasarkan simptom anda iaitu sakit tekak, batuk dan selesema, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih dan semoga cepat sembuh.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini