
Sulit
5 tahun
Suhu Badan Meningkat
Assalalamualaikum dan Selamat sejahtera, saya lelaki berumur 24 tahun, dan sudah berkahwin. Saya ada consume supplement Speman dari Himalaya. Adakah disebabkan ianya herba yang membuatkan suhu badan saya meningkat sekitar 36.5 ke 37 darjah celcius? Sebelum consume suhu badan sekitar 36 hingga 36.4 darjah celcius. Terima Kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Waalaikumsalam dan salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Akan tetapi, sukar untuk saya membuat kesimpulan mengenai makanan tambahan yang anda ambil menyebabkan suhu badan meningkat.
Untuk makluman pihak anda, suhu badan boleh berubah-rubah pada setiap masa. Terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi suhu badan. Suhu badan yang dikira normal adalah sekitar 36.1- 37.2 darjah celcius. Memandangkan suhu badan anda masih dalam lingkungan normal, anda tidak perlu terlalu risau.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.