
athasya98.fa
5 tahun
Suhu badan panas dan kerap pening kepala
Saya ingin bertanya adakah normal suhu badan seseorang itu tiba-tiba menjadi panas terutamanya selepas bangun tidur? Walaupun tidak demam, suhu badan tiba-tiba menaik. Dan, saya juga ingin bertanya mengapa saya kerap sakit kepala yang berdenyut dan kesakitan tersebut juga dirasai di bahagian dan juga sepanjang leher ke bahu saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, demam adalah suatu keadaan yang didefinisikan dengan peningkatan suhu tubuh. Memandangkan keterangan yang anda berikan adalah subjektif, justeru anda digalakkan untuk merujuk doktor agar masalah kesihatan sebenar dapat dikenalpasti
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.