
Sulit
5 tahun
Suhu badan panas tapi tak demam
Saya berusia 23 tahun, saya mempunyai suhu badan yg panas sejak dari awal pagi semalam sehingga malam harini (2 hari) padahal saya tidak berasa demam atau sakit. kenapa ya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, demam bukanlah suatu penyakit. Demam adalah gejala penyakit yang mana demam bermaksud kenaikan suhu tubuh melebih 37.5 darjah selsius.
Justeru, sekiranya berasa suhu badan naik, sila dapatkan pemeriksaan dan pengubatan dengan doktor. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.