
Anonymous
2 tahun
Suhu darah tinggi dan rendah brapa bacaan nya
Sesorang ingin tahu brapa suhu sukatan darah tinggi dan rendah, dia selalu mengalami letih dan gelisah

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Sebelum meneruskan penerangan kami memerlukan penjelasan mengenai soalan yang ditanya. Jika yang dimaksudkan ialah tekanan darah yang normal maka ia adalah dalam lingkungan 120/80 mmHg.
Sekiranya anda mempunyai tekanan darah yang terlalu rendah ataupun yang terlampau tinggi, ia boleh menyebabkan anda berasa pening. Tekanan darah yang rendah selalunya disebabkan oleh anemia ( kekurangan darah sel merah) manakala tekanan darah yang tinggi boleh disebabkan oleh pelbagai sebab antaranya kadar kolesterol yang tinggi.
Anda haruslah berjumpa dengan doktor anda untuk mengetahui keadaaan tekanan darah anda. Jika gejala ini berterusan, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.