
Sulit
4 tahun
Suhu panas tetapi tidak demam
saya seorang lelaki berumur lewat 20an, mengalami kepanasan badan yg bersuhu 36.5 celcius tetapi tidak demam, dan terasa bahang kepanasan itu, pada 2 hari lepas saya ada cuba mengambil ( uphamol ) ubt demam bagi meredakan kepanasan. tetapi malangnya ia hanya sementara sahaja. jadi boleha sya tahu apakah situasiu @ penyakit yg sedang saya alami sekarang ini…?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, suhu badan yang normal adalah dalam linkungan 36.1 sehingga 37.2 darjah celsius. Oleh itu, suhu badan anda iaitu 36.5 darjah selsius merupakan suhu yang normal dan ini menjelaskan kenapa anda tidak demam. Namun, anda harus berpada-pada sekiranya anda mengalami simptom-simptom lain seperti batuk, selesma, sesak nafas, cirit-birit dan sebagainya. Sila berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan sekiranya perkara tersebut terjadi.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.